Tuesday, January 29, 2008

Lokasi Kompleks Wilayah

Dwiklik untuk paparan yang lebih jelas

Kejohanan Catur Melayu 2008


PENGANJUR:PERSATUAN CATUR MELAYU MALAYSIA (PCMM) & STONEMASTER EVENT MANAGEMENT ENTERPRISE (SEME)



TEMPAT: The Chess Network (TCN), Tingkat 2, Wilayah Kompleks, Kuala Lumpur.

TARIKH: 9 & 10hb Februari 2008 (Sabtu & Ahad)

KATEGORI: Terbuka dan Bawah 12 tahun

YURAN: RM 25 (Termasuk Yuran Tahunan)

Ahli Baru : + RM13Bawah 12 tahun RM15



NOTA: Rating pemain adalah berdasarkan kepada Senarai Rating Kebangsaan terbaru yang dikeluarkan oleh MCF


Monday, January 14, 2008

Pertandingan catur UIAM 2008


Anjuran: Fakulti kejuruteraan UIAM
Tempat : Dewan Persidangan 2 , CAC
Tarikh: 26 Januari 2008 (Bawah 12 tahun dan 18 tahun)
27 Januari 2008 (terbuka)
Yuran: RM18 (Bawah 12 dan 18 tahun)
RM20 (terbuka)

Dwi klik paga imej untuk paparan lebih besar



Sesiapa berminat sila hubungi ustaz Idris Saleh untuk pendaftaran.
sebelum 17 hb Januari 2008.
Pendaftaran akan dibuat melalui email.

Tuesday, December 25, 2007

Kasparov beralih daripada dunia catur ke arena politik

Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my


SIAPAKAH pemain catur yang paling anda kagum? Jika soalan ini ditanya kepada pemain atau sesiapa yang mengikuti perkembangan dunia catur, sudah tentu antara nama yang akan meniti pada bibir mereka ialah Garry Kasparov.

Taktik bijak dan agresif menyebabkan anak kelahiran Baku, Azerbaijan, diiktiraf sebagai pemain catur terhebat sepanjang zaman.

Kasparov yang kini berusia 43 tahun menguasai dunia catur selama dua dekad hingga bersara pada 10 Mac 2005.


Dilahirkan dengan nama Garri Weinstein, dia mewarisi darah Yahudi di sebelah bapanya, manakala ibunya berketurunan Armenian. Pada usia 12 tahun, dia menggunakan nama keluarga ibunya, Kasparyan yang kemudian diubah suai kepada versi Russia, Kasparov.

Bakatnya sebagai pemain catur terserlah sejak kecil apabila mampu menyelesaikan masalah permainan itu yang dikemukakan ibu bapanya. Pada usia tujuh tahun, dia bermain catur secara serius.

Tiga tahun kemudian, Kasparov menyertai sekolah catur Mikhail Botvinnik yang banyak mengajarnya pelbagai taktik hebat

Kejayaan Kasparov dalam dunia catur amat pantas. Kadangkala dia dilihat bukan manusia biasa. Pada usia 17 tahun sudah bergelar ‘grandmaster’. Dalam perjalanan muncul sebagai juara termuda pada usia 22 tahun, dia menewaskan deretan juara terkemuka dan menguasai tangga pertama selama dua dekad.

Antara catatan sejarah yang menarik ialah perlawanan Kasparov menentang komputer canggih IBM, Deep Blue pada 1997. Dia tewas.

Sekali lagi pada 2003, Kasparov berdepan Deep Junior yang boleh memproses tiga juta pergerakan catur dalam tempoh satu saat. Kali ini, kemampuan otaknya berjaya mengelakkan kekalahan dengan keputusan seri.

Otak Kasprov amat bergeliga, tetapi antara alasannya bersara daripada dunia catur kerana tidak lagi nampak hala tujunya dalam dunia berkenaan.

”Sebagai pemain catur, saya telah melakukan apa yang boleh. Sekarang saya mahu menggunakan pemikiran strategik dan keintelektualan untuk politik Russia,” katanya ketika mengumumkan persaraan.

Kasparov beralih ke dunia yang jauh berbeza - politik. Bagaimanapun, dia bukan baru dalam dunia politik kerana menyertai Parti Komunis Kesatuan Soviet (CPSU) pada 1984, malah pernah menganggotai Komsomol, iaitu sayap pemuda CPSU pada 1987.

Bagaimanapun, pada 1990, Kasparov meninggalkan CPSU dan beralih arah kepada pergerakan demokrasi.

Kasparov secara terbuka mahu mewujudkan sistem demokrasi di Russia dan mengkritik hebat Presiden Russia, Vladimir Putin.

Melalui ‘The Other Russia’, Barisan Sivil Bersatu pimpinan Kasparov bergabung dengan beberapa organisasi dan parti menentang Putin. Dalam usaha terbaru mencabar kepemimpinan Russia, Kasparov cuba bertanding jawatan tertinggi negara itu, Mac tahun depan.

Sama disedari atau tidak, dunia politik jauh berbeza dengan permainan catur yang dikuasainya sebelum ini. Jika Kasparov biasa melakukan syahmat (checkmate) ketika pertandingan catur, keadaan sebaliknya dalam dunia politik.

Grandmaster politik Russia, Putin lebih awal mengenakan syahmat terhadapnya apabila Kasparov hilang kelayakan mengikut undang-undang pilihan raya negara itu. Dia menyalahkan masalah memenuhi syarat mengadakan mesyuarat rasmi mencalonkannya sebagai calon.

Dia kini hilang peluang untuk menentang calon pilihan Putin, Dmitry Medvedev, bertanding jawatan presiden.

Kasparov mungkin nama besar di luar Russia sebagai simbol gerakan demokrasi menentang Putin tetapi di negaranya sendiri, dia hanya orang biasa. Dia mungkin kesayangan Barat, tetapi dengan kemakmuran limpahan wang petrol, rakyat Russia meyakini Putin.

FAKTA


Kasparov mula bermain catur ketika berusia lima tahun.
Bapanya, Moiseyevich
Weinstein, seorang guru, manakala ibunya, Klara Shagenovna adalah jurutera.
Antara minatnya ialah sejarah, politik, kesusasteraan, komputer, angkat
berat, berenang dan kebanyakan jenis sukan.
Juara catur selama 15 tahun
Gelaran itu lucut selepas tewas kepada Vladimir Kramnik di London pada tahun
2000.


Sumber: berita harian online

Monday, November 12, 2007

Tinggal Kenangan...


Ahli Jawatankuasa Kelab Catur SMIAAG sesi 2007




PESERTA KEJOHANAN CATUR MSSD DAN MSSN 2007



Monday, November 5, 2007

Fikir-fikirkan


Zarul Shazwan National Champion 2007 !

Zarul Shazwan emerged as the new National Champion. Congratulation!!!

Below is his last round game. With analysis from Fritz.

White :Sumant Subramaniam(1964) vs Black: Zarul Shazwan (2051)
[C06] National Closed 2007 31.05.2007

1.e4 e6 2.d4 d5 3.Nd2 Nf6 4.e5 Nfd7 5.Bd3 c5 6.c3 Nc6 7.Ne2 cxd4 8.cxd4 f6 9.Nf4!? Is a sharp move. Black is "force" to sacrifice the exchange and let his king in the center. Nxd4 10.Qh5+ Ke7 11.Ng6+ hxg6


12.Qxh8? [12.exf6+ is the main line 12...Nxf6 13.Qxh8 Kf7 with complicated play.] ] 12...Qc7?? Zarul nearly lets it slip away [12...Nxe5 13.Qh3 Nxd3+ 14.Qxd3 e5-+ is winning] 13.Bxg6?? Sumant could save the game if he play 13.exf6+ Kf7 (13...gxf6 14.0-0) 14.0-0+/- 13...Qxe5+-+ 14.Be4 Nc2+ [Less advisable is 14...dxe4 15.0-0 e3 16.fxe3 Qxe3+ 17.Kh1-+] 15.Kd1 Nxa1 16.Bg6 [16.Bh7 doesn't get the bull off the ice 16...Qd4-+] 16...Qg5 [16...Qg5 17.Bb1 Qxg2-+] 0-1